Thursday, May 12, 2011

agak lucu membaca catatan ni

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 12:40 AM 0 comments
aku belajar sesuatu yang baru kini..perasaan kita kadang kala tidak dapat kata hiruakan kerana ingin menjaga keluarga.....kita kena mengorbankan diri dan selalu terkorban...sayu bila melihat kejadian


Kalau Suami ...



  • Kalau suami mula berahsia.
    Itu tandanya dia tak setia
    Kalau suami meninggi suara
    Itu tandanya dia dah ada mak we
    Kalau suami mengaku bujang tua
    Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
    Kalau suami selera tak ada
    Itu tandanya dia nak pasang dua
    Kalau suami lambat balik aje
    Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
    Kalau suami tidur di ruang tamu
    Itu tandanya dia dah jemu
    Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
    Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
    Kalau suami garang macam singa
    Itu tandanya hati dia dah tak cinta
    Kalau suami asyik komplen aje
    Itu tandanya dia dah tak suka
    Kalau suami mula sepak terajang ke muka
    Itu tandanya dia nak memberimu gelaran JANda



Monday, May 9, 2011

renungan diri sendiri

Posted by sekumtum mawar merah sebuah puisi at 6:11 PM 0 comments

Salam..Lama sudah tidak bekata-kata disini.semoga perasaan yang tercurah tiada siapa yang tahu kecuali diri sendiri.....


32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna

Solat tepat waktu
Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
Bercakap dengan rendah suara.
Lembut dan halus tingkahlakunya.
Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
Pandai mengambil hati orang tua.
Menghormati dan taat ibubapa.
Kesayangan keluarga dan tetangga.
Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
Rambut tak diwarnakan.
Banyak dan murah dengan senyuman.
Banyak mendengar dari bercakap.
Senyuman adalah ketawanya.
Tidak ketawa terbahak-bahak.
Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki
.
 

KiSaH Sa-OrAnG GuRu Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal